Friday, August 6, 2010



Menjelang Sidang Dewan Undang Negeri bulan April 2010, Khalid Ibrahim sudah menggelabah apabila gagal mengotakan janji beliau untuk mengutip kesemua hutang Talam kepada akerajaan negeri berjumlah RM 392 juta dalam masa tiga bulan.





Hari ini beliau bercakap kepada The Malaysian Insiders bahawa kerajaan negeri telah berjaya mengutip hutang Talam sebanyak RM 50 juta. Malangnya tiada butiran lanjut dijelaskan dalam bentuk apa kutipan tersebut dibuat?

Mengetahui bahawa Talam merupakan syarikat yang sedang sakit tenat adalah mustahil untuk syarikat tersebut membayar RM 50 juta secara tunai kepada kerajaan negeri.

Jika dibayar dalam bentuk pengambil alihan tanah dan aset kita mahu tahu tanah mana dan aset mana yang diambil alih. Bila perjanjian pengambil alihan tersebut ditandatangani.
Adalah luar biasa dan menjadi satu kesalahan untuk sebuah syarikat senaraian awam tidak membuat pengumuman rasmi mengenai pembayaran hutang sebanyak RM 50 juta ini.

Jika berlaku transaksi aset, masyarakat juga berhak tahu aset yang mana dan siapa yang membuat penilaian bahawa aset dan tanah tersebut bernilai RM 50 juta.

Jangan nanti harga aset RM 10 juta tetapi diisytihar RM 50 juta menyebabkan beberapa puluh juta lain dibayar kepada Menteri Besar yang banyak hutang sekarang ini.

Sehingga hari ini Khalid juga belum menjelaskan berapa kos membuat round tripping untuk hutang Talam sebelum ini terutamanya bayaran guaman.

Khalid sudah banyak kali berbohong, ada lagikah orang mahu percaya kepada beliau?

sumber www.mykmu.net

No comments:

Post a Comment